:
PENGENALAN
Share:


PENGENALAN / SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah penubuhan Maahad Tahfiz Sirajul Quran ( MTSQ) bermula dengan kesedaran Ustaz Zul bin Sudin (kini Mudir) untuk menyediakan kelas hafazan Al-Quran di kawasan Seberang Jaya. Kelas tersebut bermula dengan hanya 3 orang pelajar dan seorang guru pada peringkat awal. Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi daripada ibu bapa untuk  menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz, Ustaz Zul bin Sudin telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan institusi tahfiz secara rasmi iaitu Maahad Tahfiz Sirajul Quran. MTSQ yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2011 pada awalnya beroperasi hanya di sebuah kediaman yang diberi izin oleh seorang hamba Allah untuk digunakan sebagai tempat pengajian.

Berkat kesabaran dan kesungguhan, premis MTSQ dari semasa ke semasa  telah dibaik pulih dan sentiasa berusaha untuk menyediakan prasarana yang selesa demi mencapai matlamat kami untuk menghasilkan para huffaz yang cemerlang. Kini, MTSQ

mempunyai 3 buah premis di sekitar Seberang Jaya yang dijadikan tempat pengajian. Walau bagaimanapun, MTSQ sentiasa ingin berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan, pengajian hafazan Al-Quran dan kualiti pendidikan islam untuk pelajar-pelajar kami secara bersepadu dan menyeluruh.

Pelajar MTSQ juga bukan hanya ditekankan pada hafazan Al-Quran semata-mata tetapi mereka juga diterapkan dengan nilai-nilai akhlak islamiyah. Di samping itu, penghayatan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah turut menjadi fokus utama kami sebagai teras penubuhan MTSQ.