MTSQ adalah Institusi Pendidikan Islam yang menawarkan pengajian Hafazan Al-Quran. Di samping itu, kami juga menyediakan pakej pendidikan asas-asas Fardu Ain, Kelas Pemantapan Tajwid, Pemantapan Aqidah, Asas Akademik dan Kemahiran Diri.
Lokasi kami adalah di No 16, Lorong Lampam, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
MTSQ menerima pelajar lelaki dan perempuan yang berminat menghafaz Al-Quran seawal umur
7 hingga 12 tahun untuk Tahfiz Harian dan
10 hingga 15 tahun untuk Tahfiz Berasrama.
Kami menawarkan 2 program utama:
• Program Pengajian Tahfiz Berasrama
Penumpuan sepenuhnya kepada hafazan Al-Quran 30 Juzuk dan
Pemantapan Al-Quran.
Subjek teras akademik lain juga disediakan seperti Asas Feqah, Akhlak,
Tauhid, Tasauf, Tajwid, Jawi, Bahasa Arab, Matematik, B. Melayu dan B.
Inggeris.
• Program Pengajian Tahfiz Harian
Menawakan Tahfiz Alquran, Akademik KSSR dan Pengajian Diniah mengikut silibus Kafa
MTSQ menggunakan pendekatan pengajaran yang interaktif, inovatif, dan sesuai dengan peringkat umur pelajar. Setiap kelas direka untuk memberikan tumpuan kepada hafazan, tajwid, penghayatan nilai akhlak Islam, dan kemahiran asas Fardu Ain.
1. Yuran Pengajian Berasrama
Pendaftaran RM534
Bulanan RM400
2. Yuran Pengajian Tahfiz Harian
Pendaftaran RM340
Bulanan RM350
Pelajar di MTSQ mendapat bimbingan dari tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang hafazan dan agama Islam. Kami juga menyediakan modul pembelajaran yang sistematik serta laporan perkembangan bulanan untuk rujukan ibu bapa.
Ya, MTSQ menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar sepenuh masa sahaja (lelaki dan perempuan) dengan persekitaran yang kondusif dan pengawasan yang rapi bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pelajar.
1. Pelajar dapat meneruskan pengajian Hafazan Quran Peringkat Tertinggi iaitu Sijil Syahadah
2. SPM fast trek bagi pelajar tahfiz di institusi awam tertentu
3. Tawaran pengajian Alim dan Alimah
4. TVET di pengajian tertentu
5. Boleh meneruskan pengajian di mana-mana sekolah Kebangsaan, SABK, SAR atau Sain Tahfiz
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web kami www.mtsq.edu.my atau secara terus di pejabat MTSQ di No 16, Lorong Lampam, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ya, MTSQ didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Nombor pendaftaran rasmi kami dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) adalah JAIPP/PEND/05.TF.010.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
• Ustazah Rafidah Bt Md Noor di 014-741-2678
• Ustaz Azarizal Ahmad 012-4494700